Posts

PENGALAMAN DEGREE PENGURUSAN PEMBANGUNAN BATCH A211

Image
 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, dah lama aku rasa dah tak update blog ini. Last perkongsian berkaitan pengalaman aku semasa berada di STPM. Pejam celik, pejam celik tengok2 dah nak habis perjalanan degree aku. Sekarang aku dah habis semester 6 iaitu hanya cuma tinggal 1 semester sahaja iaitu untuk intern atau praktikum sebab kos yang aku ambil ini total 7 semester sahaja (3 tahun setengah). Batch yang junior bawah dari aku sekarang tempoh pengajian 3 tahun sahaja sebab intern hanya 2 bulan iaitu short sem.      Terlebih dahulu, aku nak ucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat tempat untuk menyambung pengajian degree mereka untuk tahun ini. Yang tak dapat tak apa, jangan mudah putus asa. InsyaAllah ada rezeki korang tu, cuma pada waktu yang tepat je dan setiap perkara yang berlaku mesti ada HikmahNYA. Pengalaman aku sambung degree selepas STPM melalui UPU, first memang aku tak dapat langsung 12 pilihan yang aku nak tu. Memang pelik jugala...