PENGALAMAN DEGREE PENGURUSAN PEMBANGUNAN BATCH A211
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, dah lama aku rasa dah tak update blog ini. Last perkongsian berkaitan pengalaman aku semasa berada di STPM. Pejam celik, pejam celik tengok2 dah nak habis perjalanan degree aku. Sekarang aku dah habis semester 6 iaitu hanya cuma tinggal 1 semester sahaja iaitu untuk intern atau praktikum sebab kos yang aku ambil ini total 7 semester sahaja (3 tahun setengah). Batch yang junior bawah dari aku sekarang tempoh pengajian 3 tahun sahaja sebab intern hanya 2 bulan iaitu short sem.
Terlebih dahulu, aku nak ucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat tempat untuk menyambung pengajian degree mereka untuk tahun ini. Yang tak dapat tak apa, jangan mudah putus asa. InsyaAllah ada rezeki korang tu, cuma pada waktu yang tepat je dan setiap perkara yang berlaku mesti ada HikmahNYA. Pengalaman aku sambung degree selepas STPM melalui UPU, first memang aku tak dapat langsung 12 pilihan yang aku nak tu. Memang pelik jugalah sebab pointer STPM tak adalah teruk sangat iaitu 3.33. Pengetua dan cikgu-cikgu pun pelik kenapa aku tak dapat. Perasaan tak dapat tu memang sedih tapi tulah benda mcm ni pun ajar aku jangan terlalu berharap sangat dengan sesuatu perkara atau juga manusia. Yang penting usaha, doa dan tawakkal. Soal dapat tak dapat tu lain cita.
Aku ni kira pelajar second intake atau rayuan UPU sebab yang kali pertama UPU tu tak dapat langsung. So bila second intake rayuan ni banyak kos yang aku nak ni nak dah tak ada. Selepas fikir masak2, aku pun apply la kos BDM di UUM ni sebagai pilihan pertama sebab aku memang tak nak bazir masa tunggu tahun depan dah masuk melalui saluran terbuka atau open channel yang lebih mahal sebab tiada subsidi oleh kerajaan. Mula2 aku memang nak pilih uni yang dekat dengan rumah aku je dan mak aku pun memang dah beritahu awal2 pilih yang dekat dengan Pahang tetapi banyak uni yang dekat dengan negeri aku ni aku tak minat kos yang ditawarkan. Kebetulan waktu tu tengah covid lagi, kiranya tengah sambung degree tu secara atas talian (online).
So pendek cerita, aku dah settelkan bayaran yuran dan mohon PTPTPN, aku dah boleh start masuk ke kelas secara atas talian. Tapi sebab aku ni pelajar rayuan, aku masak pada minggu ketiga daripada minggu keempatbelas. Mula-mula masuk tu memang aku rasa lost sebab tak boleh nak catch up dan juga sebab tak ada kawan. Waktu tu online so susah nak communicate macam f2f. Aku ingat lagi baru hari pertama masuk kelas online tu dah rasa nak give up dan berhenti degree HAHAHA. Aku cakap dah dekat mak ayah aku. Reaksi diorng, mak aku macam ok je haha cuma dia kata awal lagi jangan putus asa, ayah aku pulak suruh mohon SPA. Tapi tulah aku pun macam tak percaya juga ek aku pun dah nak habis je perjalanan degree ini. Waktu belajar secara online ni banyak juga dugaan dan cabaran contohnya internet slow. Bila internet slow ni sangat serabut sebab selalu kelas melalui meeting WebEX so akan lost dan kadang-kadang tak dapat apa perkara yang dr sampaikan semasa dalam kelas. Kelas online ni memang cepat mengantuk dan mudah tertidur lagi2 kelas petang.
Bila masuk degree ni, aku rasa memang feel dia agak baru dan lain daripada zaman STPM dulu sebab waktu STPM cikgu-cikgu yang akan tolong kita atau suap tapi bila masuk degree ni memang 100% atas diri kau. Kau sendiri boleh tentukan keputusan dan kau juga boleh fikir apa jangkaan daripada kau buat tu sama ada baik atau buruk. Waktu mula2 masuk degree ni pun banyak juga ajar aku untuk berdikari dan belajar benda baharu dengan sendiri contohnya kau akan belajar buat tugasan dengan menggunakan sistem APA yang terkini dan juga rujukan serta sebagainya. Hal-hal macam ni nampak je kecil tapi hal macam ni memang penting bila korang nak sambung belajar degree sampai la PhD.
Waktu aq lost ni pun, aku ada je tanya kawan-kawan 1 kos BDM ni melalui wasap. Ada yang layan ada yang tak langusng. Tapi yang aku ingat ada 1 Hamba Allah ni namanya Aizzat atau orang panggil di dalam kelas Pok Jak. Orangya berasal dari Jeli, Kelantan. Dia ni memang bising dalam kelas online sampai lect pun ingat nama dia je. Bila dikehadapankan masa, Pok Jak ni la antara orang yang banyak tolong aku semasa di UUM dari semester satu sampailah tamat semester enam. Pokjak ni banyak tolong guide aku dari tugasan dulu sebab yelah kita kan budak sec intake so macam banyak ketinggalan dan entah aku rasa macam orang pandang rendah dekat aku. Mungkin orang lain rasa budak sec intake ni budak yang tak pandai kot.
Aku ni memang jenis suka duduk dalam bilik, even kawan-kawan aku stres dengan aku sebab katanya aku ni macam tak ada life HAHAH. Pokjak selalu beli makanan aku waktu malam bila lapar dan juga selalu dobi sama-sama. Maklumlah duduk dekat Bukit Kachi kan. Banyak juga Pokjak dan kawan-kawan aku tolong aku ni ha cuma kalau aku cerita satu persatu rasa macam diorang tak selesa pulak tengok HAHAH. Pejam celik, tengok dah habis semester 1. Semester 1 ni sayang sebab aku tak dapat dekan, ramai kawan2 aku dapat dekan. Tapi tak apa bukan rezeki aku waktu tu.
Masuk semester kedua ni, UUM bagi peluang kepada pelajar untuk balik fasa pertama atau kedua. Tapi aku ni memang nak try hidup berdikari katanya hahaha sebelum ni asyik duk dengan mak ayah je. So, aku ambil keputusan untuk balik UUM awal walaupun kelas semua online dan aku pun balik sebab kok aq veteriner ada kelas face to face tiga kali je. Bila fikir macam membazir juga tapi nak ada suasana belajar dekat kampus UUM tu hehe. Tapi waktu sem 2 ni ada dapat la buat kawan bila balik Inasis ni macam Hanafie, Nasha, Izzul, Sulaiman, Amir, Zaim dan lain-lain. Waktu sem 2 ni best juga dapat jumpa f2f kawan-kawan yang dah balik inasis. Waktu sem 2 ni, aku antara yang balik awal dan aku duduk di Inasis SME Bank sama-sama dengan senior so aku tak ada kenalan yang ramai dan 1 kos dekat inasis waktu sem 2 tu. Waktu tu, konsep first come first serve digunapakai tapi sekarang tak ada dah. Nak makan lepak pun sama-sama dengan senior. Majoriti jiran bilik aku ni semua senior dan budak account. Waktu sem 2 ni best la juga dapat masuk kampus UUM dan explore sendiri tempat dekat dalam UUM tu. Waktu sem 2 ni pun best sebab bulan puasa so dapat pengalaman berpuasa di UUM. Iftar free ramai-ramai di Masjid Kachi. Rindu juga vibe tu.
Aku ingat juga waktu sem 2 ni ayah saudara aku meninggal, Kita ni student memang jenis tido lambat atau tido selepas subuh, bangun waktu zuhur. Ayah aku call banyak kali sampai la terbangun. Tengok2 dapat berita kematian. Aku pun waktu tu xpernah lagi keluar ke Alor Setar, aku ajak la kawan seorang ni nama dia Nasha teman aku. Satu benda yang aku suka pasal Nasha ni dia jenis sporting dan selalu on je kalau orang dia ajak. Nasha ni teman la aku sampai pergi ke rumah Mak cik aku dekat Alor Setar sampai la balik ke UUM. Walaupun banyak dugaan waktu nak pergi tu, naik MyBus ke Alor Setar dan jalan kaki ke rumah makcik aku. Nasib baik ada 1 pakcik ni tegur kitaorang nak pergi mana sebab nampak dari stesen bas Shahab Perdana tu. Aku pun cakap niat aku dan kebetulan rumah pakcik tu dekat dengan kawasan tu. Dia pun hantar aku dan Nasha. Alhamdullilah masih ada lagi orang baik. Balik petang tu kitoarang order grab ke stesen bas tu tapi grab lambat sampai dan MyBus pun tinggal kitaorang. Nasha pun bagi idea untuk pergi stesen kereta api Alor Setar dan pergi ke Arau, Perlis dan balik naik Sapu. Malam juga la kitaorang sampai ke UUM. Terima kasih Nasha sanggup teman aku. Aku jarang puji Nasha ni entah sebab dia macam geli-geli tapi aku tahu dia ni memang kawan yang baik.
Waktu ni Nasha penat juga tapi still teman aku pergi Rumah Maklong
Waktu ni lawat Maklong masa nak buat Passport dekat UTC Alor Setar
Alhamdulillah sem 2 dah habis, Rezeki dapat merasa dekan untuk first time di UUM. Masuk sem 3 dekat UUM dah start fully kelas face to face iaitu fizikal. Waktu ni best juga sebab dapat kenal lebih ramai kawan sama ada antara sesama kos dan lain kos. Waktu sem 3 ni la kira antara sem yang best juga la sebab dapat roomate yang ideal. Roomate aku ni budak Law. Dia senior jugak tapi still dia jenis baik dengan aku. Dia ni memang rajin study dan baca buku. Aku pernah tidur terbangun tengok dia masih lagi rajin menelaan membaca buku. Aku pulak sambung tido tengok2 tak habis lagi selepas aq terbangun balik. Bagi aku memang nampak la effort dia waktu dan sekarang Alhamdulillah dia dah dapat bekerja dalam kerajaan sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Sabah. Sem 3 ni pun best juga sebab aku dapat pointer yang aku rasa aku takkan dapat juga la yang boleh aku rasa bangga tapi semakin lama tu semakin susah nak dapat bagi aku hahaha.
Waktu sem 3 ni, ada 1 subjek tu urbanisasi dan industrilisasi yang diajar oleh pensyarah yang agak garang dan tegas sampai aku takut nak masuk kelas dia risau kena marah HAHAHHA. Tengok2 waktu kelas tu dr tu tak mengajar sebab ada kematian. Rugi juga la tak datang. Actually belajar subjek urbanisasi ni best je sebab belajar pasal pembangunan bandar, sejarah dan teori berkaitan bandar dan sebagainya. Setiap kali kelas dr tu, aku akan print slide dan baca serta buat nota sebelum masuk kelas sebab takut kena soal HAHAHA tapi waktu batch aku tu tak pernah pun dia denda just pernah kena marah sebab kesalahan biasa mcm tak pakai tie dan lambat.
Bagi aku kesalahan mcm tu memang nampak remeh tapi benda macam tulah jangan kita bawa waktu bekerja nanti sebab kena ikut peraturan juga nanti. Dr yang ajar kami subjek ini, walaupun garang dan tegas, dia sebenarnya seorang yang baik dan suka buat lawak. Dr nampak je garang dan tegas tapi sebenarnya baik je dengan student dan juga marking pun ok je untuk student dia. Pengalaman aku la selalu lect yang garang ni akan bagi markah ok dan tidak strict iaitu linean berbanding dengan dr yang kau rasa baik dan rapat sebab aku dah pernah kena juga hahahha. Sem ni juga laptop aku rosak sebab tertumpah air huhuh. Nasib baik la aq ni jenis buat keje awal dan bukan jenis tangguh. Cuma satu je tugasan yang hilang dan kena buat kembali. Alhamdulillah juga dapat sir yang faham keadaan aku. Nak baiki laptop tu pun dah ambil masa dalam 1 minggu dan juga terbang juga dalam RM 200 lebih huuhuh. Terima kasih Sir Rizal pensyarah subjek Politik Pembangunan yang sangat baik dan memahami pelajar-pelajarnya. Sir Rizal memang jenis akan ingatkan pelajar2 dia dengan tazkirah sebelum start kelas. Memang masuk kelas dia kadang2 rasa diri kena check balik muhasabbah diri sendiri. Ilmu agama dan dunia pun dapat bila masuk kelas Sir Rizal Alhamdulillah.
Waktu sem 3 ni, aku pernah jatuh tangga. Teruk juga la jatuh tapi tulh MC yang aku dapat dari UUM cuma 1 hari je tapi still aku xguna MC tu sebab nak pergi kelas juga. Aku pm dr tu yang aku tak dapat datang kelas dia sebab jatuh tangga. Dr tu pun ok je siap wish speed recovery 😂. Waktu sakit tu, macam pelbagai rezeki je datang dekat aku. Waktu tu ada Hanafie ajak makan dekat kafe SME tengok2 ada dua Dr daripada SOG berjumpa dengan Hanafie. Dia pun ajak aku makan sekali walaupun aku dah beli juga So macam kenyang juga la aku huhuuhu. Tapi dua dr tu paksa aku ambik makanan dan makan juga, dia kata dia belanja. Banyak juga benda yang aku tanya dua2 dr tu pasal kehidupan selepas degree, pekerjaan, jodoh dan isu-isu semasa HAHAHA. Aku ingat lagi Hanafie tu cakap aku ni jenis memilih dan selek budak BDM sampai la lect tu bagi nasihat dekat aku supaya cari girlfriend HAHAHA memang aku tak boleh brain la. Katanya cari gf yang sama2 nak berjaya dan dekan sama-sama tapi entah bagi aku rasa macam waktu tu aku rasa lebih seronok berkawan je dengan orang tak nak lebih2. Ada je orang kenalkan tapi still aku rasa macam terlalu awal.
Waktu sem 3 ni best juga sebab aku ni memang jenis tak balik rumah waktu midsem atau study week sebab faktor kos juga. Orang ingat aku nak duk inasis untuk study jeke hahah aduh. Waktu sem 3 ni, Izzul ajak aku balik sama2 dengan dia ke Baling. Best dapat explore negeri Kedah ni, maklumlah kita ni kan perantau dari jauh so dapat peluang pergi ke tempat orang ni kira satu peluang jugak la bagi aku ni. Plan dia nak stay dua hari je dekat rumah Izzul ni tapi dah terlajak kepada 1 minggu dah. Malu tu memang malu sebab kau duduk lama rumah orang kan tapi Alhamdulillah mak ayah Izzul ni memang baik dan layan aku dengan mesra dan baik. Sepanjang cuti tu, aku pun pergi ke Kuala Kedah bersama Izzul, Linda dan Liyana. Best juga dapat naik bot tengok keindahan ciptaan Allah S.W.T. Kadang-kadang family Izzul ada datang kolej jumpa Izzul, diorang pun still ingat serta tegur dan layan aku dengan baik.
- Pastikan tahu nak buat tema atau tajuk pasal apa (kalau bebas) ada juga dr dah tetapkan tema. Kalau boleh cari Penyelia yang ada kepakaran dalam bidang itu.
- Adakan perjumpaan bersama Penyelia Tesis atau Supervisor. Ini penting nak tahu progress kita buat tu ok dan boleh diterima atau perlu ada pembetulan. Kalau boleh biar kita cari SV dan jangan SV cari kita. Bincang baik dengan SV untuk berjumpa. Dulu aku pakai call je sv walaupun SV aku ni garang tapi dia ok je. Pernah sidaikan dia pun pernah hahaha adeh. SV pun pernah sidai aku dan ahli kumpulan lain tapi tak sengaja. Buat 1 whasatapp gp ada SV dan 1 lagi tiada SV.
- Buat perbincangan dengan ahli kumpulan yang lain dalam satu kumpulan sama ada melalui fizikal atau online
- Setiap week mesti ada progress walaupun tak banyak iaitu dah target nak siap sampai mana. Bagi aku ni penting sebab kita xbuat last minit dan dah prepared dari segi penulisan yang baik dan mantap so bila dah siap ada masa untuk SV tengok dan perbetulkan.
- Kumpul data dengan kaedah baik dan tepat contoh melalui soal selidik, temubual dan lain-lain. Pastikan proses kumpul data ni bersesuaian dan juga menyenangkan kita dan responden.
- Survey tempat nak binding dari aspek harga dan masa untuk disiapakan
Jalan cerita di universiti yang menarik dan memberikan inspirasi kepada pembaca 😄
ReplyDeleteTerima Kasih Nadia 😊
Delete